Isnin | 29/12/2014
Dua
hari lepas, aku tak dapat khabar mengenai banjir. Apa yang dapat aku
lihat, sesetengah tempat banjir sudah surut. Pelbagai keadaan yang
menyayat hati dapat dilihat. Terutamanya keadaan di Kelantan.
Alhamdulillah, air di sana sudah semakin surut. Namun, mereka perlukan
kesabaran untuk membangunkan semula harta dan tempat tinggal. Semoga
Allah permudahkan urusan mereka selepas ini. Aminn....
Kembali semula,
2
hari lepas, aku mendapat khabar yang kurang baik daripada salah seorang
rakan facebookku yang juga 'member satu pekan'. Hati memang sudah
berdebar. Aku cuba membuat panggilan masuk kepada ayah dan abang aku
dikampung tapi tiada jawapan. Samada bateri handphone sudah 'kong' atau
memang line telefon sudah terputus. Menurut rakanku itu, keadaan di
Kuala Krau khususnya sememangnya sudah terputus bekalan elektrik, line
telefon, makanan dan pengangkutan darat. Kuala Krau sudah bergelap
selama beebrapa hari.,...and i was like..oh ok..patutla tak dapat.
Kadang-kadang aku cuba juga dail nombor telefon berkenaan mencuba nasib
namun tetap hampa.
Aku
cuba mendapatkan update setiap hari dari laman facebook dan page grup.
Ada beberapa yang memang sentiasa update perihal banjir di Temerloh,
Pahang. Aku juga mendapat respond dari kawan aku. Beliau bekerja di
Serdang dan sememangnya berada di Kampung ketika banjir berlaku. Aku pun
bertanyakan juga adakah keadaan di kawasannya juga dutenggelami banjir.
Alhamdulillah, rumahnya masih elok hanya kawasan kampungnya sahaja yang
dinaiki air. Menurutnya, telahan orang ramai sebenarnya silap apabila
memikirkan air tidak akan sampai ke bandar. Menurutnya, air naik terlalu
cepat dan tidak pasti sumbernya datang dari arah mana. Sehingga
sekarang, aku masih tak percaya, bandar Temerloh pun lumpuh ekoran
kenaikan air bah.
Update
terkini, bagi sesiapa yang ingin pulang ke KL, dinasihatkan untuk
melalui jalan yang dibenarkan. Senang cerita, mereka boleh ikut jalan
lama memandangkan highway LPT pun dinaiki air. Memandangkan ada tempat
yang jalannya pecah seperti berlakunya gempa bumi.
Aku
masih berharap, sekurang-kurangnya minggu depan, air sudah semakin
surut. Terbaru berita daripada rakanku, air sudah naik ke jalan &
Traffic light simpang masuk daripada Tol Temerloh. That is not a good
news.
Aku
pun sudah terputus berita daripada rakan baikku di Kota Bharu. Last,
beliau mengatakan mereka disana 100% terputus bekalan makanan dan
pengangkutan. Hanya kedengaran helikopter berterbangan diudara.
Sememangnya banjir yang paling besar pernah terjadi. Aku tetap doakan
dia dan keluarganya serta seluruh jajahan Kelantan & Terengganu
selamat..
Disini, aku letakkan ihsan gambar yang diambil daripada laman facebook untuk tatapan dan maklumat:
Gamabr dibawah merupakan stesen minyak BHP Pekan Kuala Krau. Separuh tenggelam.
Tarikh gambar diambil : 25 Dis 2014
Gamabr ini pula diambil 27 Dis 2014
Air semakin naik. Masha Allah..sebu rasa hati. Tak terjangka boleh ampuh pekan ni. ;(
Gambar-gambar berikut sekitar kawasan Temerloh, Pahang
(dari tepi ini, boleh lihat selaus pandangan Sg Pahang)
Kelihatan paras air semakin tinggi.
I wonder, macamana dengan perkampungan seberang sana. Hmm..
Update terkini: Keadaan di sekitar Bandar Temerloh.
Aku memang tak sangka air akan naik setinggi ini. Banyak Kenangan di KFC ni.. Huhu
Lihat, separuh daripada bangunan MayBank itu.
No wander, mereka boleh bersampan disekitar ini.
Doa aku tetap untuk mangsa-mangsa banjir seluruh Malaysia 2014. Semoga 2015, pembuka kepada kehidupa yang lebih baik.
Aminn ya rabbal 'alaminn....
Sumber gambar: Page FB i love Pahang
No comments:
Post a Comment