26 Disember 2014-Jumaat
Sehingga jam 10.15 pagi tadi, aku baru perasaan, desas desus kampung aku, Kg Kuala Mai Baru pun banjir. Baru je malam semalam, aku telefon menanyakan khabar di kampung, alik-alik pagi ni dah berpindah ke kawasan tinggi. APa yang menarik, ini kali kedua kampung aku dinaiki air selepas Bah Besar pada Tahun 1971. Lebih 43 tahun lebih. Kali ini agak terkejut juga namun masih dalam persediaan.
Menurut cerita beberapa orang kampung:
Air sudah naik sehingga pinggang. Mak ayah dan abang aku dikampung sudah berpindah ke kawasan masjid menaiki 'backhold' salah seorang ank muda dikampung tersebut. Keadaan di dalam rumah, Wallhualam tak tahu cerita.
Apa-pun, aku bersyukur jugalah sebab abang aku ada dikampung. Kalau tak , entah apa yang akan jadi memandangkan mereka pun dah tak berapa sihat. Abang aku di Kuantan sudah tahu keadaan dikampung cuba mendapatkan berita daripada kawan lamanya yang bekerja di Hospital Besar Temerloh. Menurut ceritanya, dia balik ke kampung kami dengan menaiki sampan sepanjang jalan yang dipenuhi air. Wow! Sangat jauh. Jika perjalanan menaiki kereta mengambil masa 30 minit. Pertama kali dalam sejarah. Mungkin kali kedua. Huhu
Statistik terkini, mangsa banjir di Pahang paling membimbangkan dimana bilangannya mencecah 35,736 setakat jam 10 pagi hari ini 26/12/2014 Jumaat. Kemungkinan angka ini semakin bertambah.
Setakat ini saja kemaskini terbaru. Dibawah ini, aku kongsikan beberapa gambar berkenaan dengan keadaan sewaktu banjir di sekitar Temerloh dan kampung aku.
Doa-doakanlah
semuanya selamat. Hmm..confirm ikan-ikan dalam kolam belakang rumah itu
dah terlepas. Seronok deme menangkap ikan patin terlepas dari sangkar.
AL maklumlah, sangkar hanyut kan. Hehee..
Itu je buat kali ini. Akan aku update jika ada cerita best.
Ihsan gambar: FB Page I LOVE Pahang | Kampung Kuala Mai
Sehingga jam 10.15 pagi tadi, aku baru perasaan, desas desus kampung aku, Kg Kuala Mai Baru pun banjir. Baru je malam semalam, aku telefon menanyakan khabar di kampung, alik-alik pagi ni dah berpindah ke kawasan tinggi. APa yang menarik, ini kali kedua kampung aku dinaiki air selepas Bah Besar pada Tahun 1971. Lebih 43 tahun lebih. Kali ini agak terkejut juga namun masih dalam persediaan.
Menurut cerita beberapa orang kampung:
Air sudah naik sehingga pinggang. Mak ayah dan abang aku dikampung sudah berpindah ke kawasan masjid menaiki 'backhold' salah seorang ank muda dikampung tersebut. Keadaan di dalam rumah, Wallhualam tak tahu cerita.
Apa-pun, aku bersyukur jugalah sebab abang aku ada dikampung. Kalau tak , entah apa yang akan jadi memandangkan mereka pun dah tak berapa sihat. Abang aku di Kuantan sudah tahu keadaan dikampung cuba mendapatkan berita daripada kawan lamanya yang bekerja di Hospital Besar Temerloh. Menurut ceritanya, dia balik ke kampung kami dengan menaiki sampan sepanjang jalan yang dipenuhi air. Wow! Sangat jauh. Jika perjalanan menaiki kereta mengambil masa 30 minit. Pertama kali dalam sejarah. Mungkin kali kedua. Huhu
Statistik terkini, mangsa banjir di Pahang paling membimbangkan dimana bilangannya mencecah 35,736 setakat jam 10 pagi hari ini 26/12/2014 Jumaat. Kemungkinan angka ini semakin bertambah.
Setakat ini saja kemaskini terbaru. Dibawah ini, aku kongsikan beberapa gambar berkenaan dengan keadaan sewaktu banjir di sekitar Temerloh dan kampung aku.
2 hari yang lepas:
Di
Jalan daripada Pekan Kuala Krau. Air ini datangnya daripada air Sungai
Pahang yang melimpah daripada tapak Pasar Malam. Jalan ini yang memang
laluan utama dari Jerantut ke Temerloh dan sebaliknya. Wow. This is
terrible!
Hari ini:
di kampug Kuala Mai, Kuala Krau @ Kampung aku.
Laluan jalan besar kelihatan ampuh dan dipenuhi air. Rumah aku, depan lagi daripada gambar ni.
Ada chance nak ampuh.
Scary. Second Time kena banjir walaupun keadaan aku aku agak tinggi juga.
Itu je buat kali ini. Akan aku update jika ada cerita best.
Ihsan gambar: FB Page I LOVE Pahang | Kampung Kuala Mai
No comments:
Post a Comment