Mari kita imbas kembali,
Malaysia dilihat diduga dengan pelbagai isu yang menyayat hati. Bermula daripada penghujung 2013, dimana negeri-negeri di Pantai Timur khususnya mengalami dugaan banjir yang agak besar juga melanda kebanyakan tanah jajahan dan daerah di negeri-negeri tersebut.
Tahun baru 2014 muncul dengan harapan baru- namun, Malaysia kembali dikejutkan oleh isu antarabangsa yang melibatkan kehilangan MH370. Sungguh, ini kejadian kehilangan pesawat penumpang milik Malaysia Airlines (MAS) pada 8 Mac 2014 dimana ketika itu, pesawat tersebut didalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Beijing, China. Pesawat yang bertolak pada jam 12.41 pagi dan dijangka tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi keesokan harinya. Pesawat malang tersebut dikatakan hilang daripada radar Awam Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA) pada jam 1.30 pagi, 120 batu nautika di Timur Perairan Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
Kehilangan pesawat tersebut mencetuskan kejutan kepada dunia. Pesawat MH370 itu membawa penumpang seramai 239 orang :
Malaysia 38
China 153
Indonesia 12
Australia 7
Perancis 3
Amerika Syarikat 3
New Zealand 3
Ukaraine 2
Kanada 2
Rusia 1
Itali 1
Taiwan 1
Belanda 1
Austria 1
Pelbagai spekulasi dan andaian yang timbul berikutan kehilangan pesawat ini. Namun, pencarian akhir di katakan, pesawat tersebut berakhir di Lautan Hindi selepas pengumuman duka dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak pada 24 Mac 2014, Jam 10 malam.
Sehingga kini, tiada jawapan, apakah nasib sebenar Pesawat MH307...Innalillahiwainnailaihiroji'unn..
Seketika kemudian,
Malaysia kembali menjadi sebutan di persada dunia apabila pesawat kargo penumpang MH17 dikatakan ditembak jatuh terhempas di sempadan Ukraine - Rusia.
Pesawat MH17 dijadualkan berlepas dari Amsterdam, Belanda ke KLIA, Malaysia pada jam 12.41 pagi (waktu tempatan) pada 17hb Julai 2014 (Khamis). Penerbangan ini dikatakan lewat 15 minit daripada jadual penerbangan sebenar. Penerbangan ini yang sepatutnya tiba di Lapangan Terbang KLIA, Malaysia pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia.
Pesawat Boeing 777 ini membawa 295 orang anak penumpang: Terbahagi kepada 280 penumpang dan 15 orang anak kapal.
Pesawat malang ini dikatakan ditembak pada ketinggian 33, 000 kaki dan dikatakan hilang daripada radar N48.56 E37.21. Sebagaimana dengan isu MH370, kejadian berduka ini turut menimbulkan spekulasi dan percanggahan pendapat dikalangan negara-negara yang terlibat. Pada awalnya, timbul tuduhan kepada Puak Pemisah Pro Rusia, yang dikatakan menembak pesawat ini ketika pesawat ini melalui ruang udara berdekatan dengan kawasan bergolak ketika itu. Namun, tuduhan itu dinafikan oleh Ketua Pemberontak tersebut.
Setelah siasatan dilakukan, kita mendapati, ruang udara perjalanan MH17 ini dikatakan merupakan jalan udara yang turut dilalui oleh pesawat-pesawat penumpang negara lain juga. Walaupun pada awalnya, timbul rasa tidakpuas hati bagi pihak tertentu yang mengatakan laluan tersebut melalui ruang udara Sempadan Ukrain - Rusia yang sedang bergolak.
Tragisnya,
Kehilangan nyawa bagaikan tiada erti...sehingga kini, siasatan masih dilakukan..
Malaysia kembali berkabung. Dugaan demi dugaan..Kita juga amat berterima kasih kepada negara-negara yang membantu dalam misi pencarian pesawat Malaysia Airlines ini. Tidak lupa juga, rakyat negara-negara diluar sana yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan dan kekuatan kepada rakyat Malaysia.
Kesedihan dan duka yang terhiris masih belum selesai. Namun, Malaysia kembali diuji dengan Bah Besar melanda hampir 80 % negeri-negeri di Malaysia.
Banjir yang melanda kali ini merupakan banjir yang paling besar dicatatkan oleh Malaysia berbanding bah pada tahun 1971. Boleh dikatakan setiap kawasan, paras banjir pada kali ini melepasi tingkat paras banjir pada tahun 1971 dan merupakan mimpi ngeri bagi rakyat Malaysia terutamanya penduduk di negeri Pantai Timur - Kelantan, terengganu & Pahang, Negeri Kelahiranku.
Kelantan awalnya mencatat pemindahan mangsa banjir tertinggi apabila kebanyakan tanah jajahan disana dikatakan hampir tenggelam. Sungguh, pilu rasanya apabila melihat kesusahan dan ketabahan mangsa banjir ini ketika menghadapi dugaan berat yang tidak diduga.
Sehingga kini, alhamdulillah..kebanyakan kawasan sudah surut airnya. Kebanyakan penduduk di Pantai Timur juga ada yang sudah kembali ke rumah masing-masing. namun, memilukan apabila masih ada sebahagian rakyat di Pantai Timur kehilangan kediaman mereka. Namun, mereka tetap kuat mengharungi hari-hari mendatang. Sehingga ke hari ini, pelbagai badan NGO dan kerajaan turut turun padang membantu mangsa-mangsa banjir dengan menghantar keperluan asas seperti pakaian, selimut, makanan, minuman serta keperluan rumah. Usaha ini masih berterusan sehingga kini, alhamdulillah...semoga Allah merahmati mereka dan murahkan rezeki mereka. Aminn...
Sesungguhnya, setiap dari kesulitan itu, ada kesenangan..insha Allah..
Dalam masa Malaysia dilanda ujian Bah yang direkodkan paling buruk dalam sejarah Malaysia, isu pesawat penumpang kembali dan beritanya menghiasi di setiap stesen televisyen dan radio seluruh dunia. terbaru, pesawat Air Asia QZ8501 dikatakan terhempas di Laut Belitung Timur, Indonesia.
Pesawat yang dijadualkan bertolak daripada Surabaya ke Singapura dikatakan telah terputus hubungan dengan menara traffik pada jam 7.24 pagi (waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.
Penerbangan ini membawa penumpang seramai 155 orang penumpang:
Indonesia 149 orang
Korea 3
Britain 1
Malaysia 1
Singapura 1
Penerbangan ini dikatakan bertolak pada jam 5.20 pagi dari Indonesia dan dijangka tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi, keesokan harinya.
Punca kemalangan?
Punca kemalangan dikatakan disebabkan faktor cuaca namun masih belum mendapat kepastian tepat. Apabila dilihat kepada Ramalan Cuaca, diakatakan cuaca kelihatan tidak begitu baik disekitar ruang udara penerbangan tersebut.
Innalillaiwainnailaihiroji'unn...
Hanya DIA sahaja yang mengetahuinya..
Untuk kita yang masih bernafas, moleklah kiranya kita mendoakan untuk kesejahteraan mangsa-mangsa duka dari ujian-ujian ini semoga yang masih hidup, kekal tabah mengharungi kehidupan yang mendatang. Manakala yang telah meninggal dunia, kita doakan supaya mereka tenteram dan damai di alam sana.
Al-Fatihah untuk semua...