Beautylicious

Beautylicious

Thursday, June 23, 2016

Patin Masak Tempoyak Pahang!



Patin Masak Tempoyak


Menu wajib kalau setiap kali balik. Atlest merasa jugak kan.
Sepanjang hidup ni, memang lidah ni tak boleh tolerate dengan cara masak ikan patin yang lain dari resepi asal ni. Orang kata, resepi tradisional.

Pernah jugaklah aku makan ikan patin tempoyak yang diletak juga bawang etc..aduss..spoil!
Memang lain sangat-sangat rasanya.

Untuk pengetahuan semua, nak masak ikan patin ni, tak perlu guna bawang pun. Bukan menumis tapi kita boil/rebus je.huhu

Baik, terasa nak share dekat sini. Next time, cuba buat..harap-harap ok la kan dengan tekak uolss.


Bahan-Bahan:
Ikan Patin (sederhana besarnya)
Tempoyak masam
Kunyit (Hidup/serbuk)
Cili api (ikut tahap kepedasan)
Daun Kesum
Bunga Kantan (jika ada lebih baik)
Garam
Gula
Ajinomoto (terpulang pada yang nak)


Cara Masak:
1. Bersihkan ikan patin dengan limau nipis/purut.  (Jika ikan patin sungai, sememangnya tidak perlu terlalu beria membersihkannya sebab ikannya tidak kotor/berlendir sangat). Siap, toskan. Letak tepi.

2. Tumbuk cili api dan kunyit 1 ulas. 

3. Potong Bunga kantan kepada 2.

4. Letakkan air dalam periuk, letakkan ikan, tempoyak, cili api + kunyit, bunga kantan, daun kesom dan garam gula etc.
Masukkan semua.

5. Letak atas dapur. Masakkan dalam 10 minit. Jangan kacau beria sangat takut isi ikan hancur.

6. Siap. Sedia dihidangkan.


Senang kan? cubalah :D



Friday, March 18, 2016

Beringat-ingatlah dengan MASA mu

Rintik hujan sudah mula kedengaran apabila ianya menyentuh atap zink. Semakin lama, semakin kuat dentingan di atas atap yang telah menampakkan lubang-lubang kecil. Pantas tangannya menadah titisan air itu dengan besen.
Rasmona mengesat peluh di dahinya. Syukur Alhamdulillah. Sudah lama tanah yang dahulunya sentiasa hijau tidak disirami hujan rahmat.

Rasmona kembali menumpukan kepada ikan yang digorengnya diatas dapur. Nasi sudah dimasak begitu juga sup sayur. Kedengaran batuk kecil di pintu bilik. Rasmoni berpaling.

“Mona, mak nak ke tandas”, lirih sahaja suara si ibu mengadu. Kelihatan tangan kanannya memegang ampuh pada pintu bilik manakala tangan kiringa memegang kejap kain batik yang dipakainya. Batuknya kembali menyerang. Cepat-cepat Rasmona mengambil air dan memapah ibunya ke kerusi di depan televisyen.

“Mak, kan Mona sudah bagitahu, panggil Mona kalau nak apa-apa, mak kan tidak sihat”, ulas Rasmona sambil mengurut-ngurut belakang ibunya.

“Ishh..mak bukannya langsung tidak boleh bangun. Lagipun, mak tak mahu terlalu bergantung dengan Mona. Mak masih kuat. Jangan risau”, Mak Salmah menyuakan kembali gelas tersebut kepada anak gadisnya.

Mak Salma mempunyai 3 orang anak. Anak yang sulung bekerja di Kuala Lumpur manakala yang kedua bekerja di Johor Baharu. Kedua-duanya lelaki. Namun, sangat jarang sekali anak-anak lelakinya pulang ke kampung. Suaminya sudah lama meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya 6 tahun yang lepas. Tinggallah Mak Salmah dan anak bongsunya di kampung. Rasmona terpaksa melepaskan impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana ibunya. Dia redha dan yakin, Allah mempunyai perancangan yang lebih baik baginya.

“Mak, bilalah agaknya Abang Radzi dan Abang Rizal nak balik kan. Mona rindulah dengan Along dan angah. Balik pun sekejap saja”, Rasmona mengeluh perlahan. Mak Salmah hanya diam membatu. Sungguh, hati seorang ibu. Tiada siapa yang tahu akan rindunya yang mendalam terhadap anak-anaknya. Namun, hanya mampu dipendam.

“Tidak apalah mona. Mereka sibuk tu. Ada masa nanti, baliklah abang-abang kamu tu”, pujuk Mak Salmah sambil membelai rambut Rasmona. ‘Mak pun rindu dengan anak-anak mak’. Terasa matanya mula bertakung.

----
Kringg…kringg..
Deringan smartphonnya sedari tadi tidak sedikit pun mengugat fokus Radzi kepada kerjanya. Deringan itu sudah hampir 8 kali. Radzi yang bekerja sebagai Arkitek sememangnya dikenali sebagai seorang pekerja yang sangat berdedikasi. Pencapaiannya sering kali dicemburui oleh rakan  sekerjanya yang lain.

Deringan tadi terdiam seketika. Kembali bordering. Radzi mengeluh berat. ‘siapalah yang asyik call tak henti-henti’.

“Hello,Radzi’s here”,
“Along..” Radzi tersentak. Suara satu-satunya adik perempuannya kedengaran dihujung talian.
“Adik..kan along sudah pesan, kalau nak call, call lepas waktu office. Along banyak kerja perlu siapkan”, bebel Radzi sambil tangannya membelek-belek kertas yang bersepah di atas mejanya.

“Along..mak along…” kedengaran esak tangis yang tanpa ditahan-tahan.
“Kenapa ni adik? Kenapa dengan mak?”
“Mak sudah meninggal”
Radzi terpempan mendengarnya. Dia terasa bagaikan batu besar yang menghempap kepalanya membuatkan dia terasa gelap mata. Ya Allah..

“Along..baliklah along. Mak baru saja meninggal. Adik seorang-seorang dekat hospital ni. Adik dah cuba telefon angah tapi handphone dia off.” Rasmona hanya mampu berserah kepada Allah. Tidak dapat diingatkan bagaimana perasaannya melihat ibunya pergi tanpa ada anak-anak disisi.

“Adik tunggu, along gerak sekarang. Along balik sekarang.”

Radzi mencapai walletya dan kunci kereta lalu berlari keluar daripada pejabatnya. Ya Allah, aku tak sempat nak tengok mak aku, Ya Allah. Matanya sudah basah. Terasa tangannya mengigil mahu memulas kunci dan menghidupkan enjin kereta. Perjalanan ke kampung mengambil masa 2 jam. Namun, Radzi menekan minyak seboleh mungkin.

Sudah separuh perjalanan, Radzi teringat akan adiknya Rizal lalu cuba menelefon. Nasibnya baik, deringan kedengaran.
“Hello, Haa, along kenapa?”
“Angah, kau balik kampung sekarang. Along on the way sekarang ni”
“Lahh..dah kenapa dengan kau. Angah ada event la sekarang ni”
“Angahh, mak dah meninggal. Mak dah tak ada angah. Balik sekarang!”

Terus taliannya ditutup. Radzi beristighfar. Sesungguhnya dia merasa menyesal. Ya Allah, sesungguhnya aku bukanlah anak yang baik.

Sudah seminggu, Mak Salmah pergi. Segala urusan pengkebumian berjalan dengan lancar. Tahlil juga dibuat 3 hari 3 malam. Kesedihan yang menyapa hati Radzi bukanlah kesedihan berpisah dengan ibunya tetapi kesedihan kerana tidak mampu berbagi masa bersama arwah ibunya. Sungguh, itulah penyesalan yang tidak mampu untuk dibetulkan semula.

“Sudahlah Radzi. Benda yang lepas, tidak boleh diubah. Kita yang masih hidup ini, kena teruskan hidup dan ambil iktibar. Jangan lupa, ibu bapa kita ternanti-nanti doa anak-anaknya apabila mereka sudah di alam sana. Sedekahkan selalu doa dan sedekah untuk mereka disana. Mudah-mudahan, tenanglah mak dan ayah kamu disana”, Imam Daud menepuk perlahan bahu Radzi yang hanya diam membisu.

“Saya bukan anak yang baik, pak Imam. Saya gagal jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak. Saya abaikan tanggungjawab pada ibu dan adik perempuan saya”, matanya terasa panas dan kembali membasahi pipinya. Dia tidak mampu berhadapan dengan adik perempuannya. Sepatutnya tanggungjawab menjaga keluarganya adalah tanggungjawabnya sebagai anak lelaki sulung. Dia adalah pengganti bapanya!.

“Radzi, belum terlambat kamu nak balas jasa ibu bapa dan adik perempuan kamu. Lepas ini, kamu berbincang dengan adik-beradik kamu. Buatlah apa yang terbaik. Ambil pengajaran. In sha Allah, Allah suka akan hamba-hambaNya yang sentiasa beringat”

Radzi mengesat air matanya dan memandang sayu Imam Daud. Jika ayahnya masih ada, sudah tentu ayahnya sebaya dengan Imam Daud. Imam Daud tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Radzi.

“Terima kasih Pak Imam. Saya janji, saya tidak akan sia-siakan tanggungjawab saya pada adik-adik saya”,
“Alhamdulillah..semoga Allah memberkati kamu adik-beradik. Beringat-ingatlah dengan masa kerana masa tidak akan menunggu kita. Kita yang perlu kawal dia. In sha Allah.”

Radzi menganggukkan kepalanya. Hatinya terasa tenang sedikit. ‘Mak, Along janji mak, Along akan jaga adik-adik. Abah, Along minta maaf”.


Friday, June 19, 2015

Jurrasic Park Gegar Panggung!

The best movies 2015 after Fast & Furious

Actually aku tak plan pun  nak pergi tengok movie. Tapi entah kenapa, last mnit, aku dan 2 orang officemate buat plan akhir, kena jugak tengok. Jurassic Park kot!

Sanggup keliling area gombak - ampang ni. Memandangkan hari berkerja, so kitaorang ok je sebab maybe tak ramai orang kan. So, tak perlu nak sesak-sesak.

But, ape yang jadi, memang tak ramai orang tapi half full juga panggung wayang on that day. Masuk punyalah awal. Tunggu punya tunggu dalam 20 minit juga iklan baru tayang movie tuh. Fuhh.. pop corn dah separuh dah habis sedangkan wayang baru start. wakaka!

Memang beshlah. Tak tahulah nak cakap. Dia punya jalan cerita ok, klimaxs die. Nampak macam smooth je jalan cerita die tapi ada kejutan. Haaa..nak tahu? pergi tengok sendiri. Aku pun dah lame tak menjerit tengok movie. Even sebelum ni aku suka tengok movie thriller or seram. Tapi tak ada effect sangat kat aku Yang ini, mau terangkat jugak kaki bila tengok c hibrid tuh kejar bebudak tuh. Uiishh...luruh jantung.. Tapi yang peliknya, orang lain macam tak ada respon je. Tak tahulah kan, sebab khusyuk sangat tengok atau semua macam terpana or tergamam kot...Rasa over pulak kitaorang kan..hihi

Hero dan heroin dia, not bad. Lakonan memang besh. Sempoi. Tak ada bab-bab romance sangat. Which is aku suka. memang dia fokus to dinosour tu je. Tambahan lagi, dia punya teknologi yang memang menarik dan canggih lagi menampakkan semua tu real. Aku terfikir juga, "eh, memang ada ke tempat ni? makmal ni? uiishh kalau ada, memang mati lah kalau betul-betul jadi macam tuh" hehe..itu perasaaan aku la kan..


Dalam movie ni, ada beberapa perkara yang disentuh, dan bagi aku, memang ada pengajaran la..Antaranya, dari aspek hubungan kekeluargaan..nampak mak cik dia macam kekok dengan anak saudara diorang. So, dengan tragedi ni, menimbulkan hubungan yang lebih erat la.. Sifat sayang menyayangi di antara manusia dan haiwan- boleh tengok masa hero tu duk jinakkan dinosour tu.aku tak ingat nama dia. hehe. Walaupun mereka itu haiwan, namun mereka tetap ada 'rasa' terhadap tuannya..then, sifat tamak dan niat jahat ni tak kan kemana la..tengok masa lelaki berisi tu, last-last kena ngapp! But, last but not least, tiada ssiapa pun yang boleh tandingi kuasa Allah. Jika kita amati dengan lebih dekat, walau bagaimana canggih pun alatan yang ada, memang tak boleh tandingi makhluk yang diciptakan oleh Allah.


Ok, so itu jelah yang boleh aku ulas. So far, memang besh cerita ni. No wonder movie ni sudah capai box office macam movie yang terdahulu. Selepas Fast & Furious, this is the best movie la.

So, dun worry, kauorang yang nak pergi tengok tu, tak akan menyesal. trust me. tapi tak tahulah kalau kauorang rasa bohsan kan? itu tak boleh nak cakap. but for me, i like! Kalau ada butang LIKE, dah lama aku like. wakakakaa..

Happy watching..Jurrasic Park 2015. ^^

Tuesday, March 24, 2015

Monday, January 19, 2015

Nasihat yang Bernilai..


 Ini adalah sebahagian petikan nasihat yang begitu mahal harganya daripada seorang tua yang telah banyak melalui fasa-fasa perubahan hidup..insha Allah..



 Sama-sama kita hayati, sentiasa ingat...pahatkan dihati...




“Usah gopoh dalam buat apa perkara sekalipun. Gopoh gapah itu datang dari syaitan dan bertenang itu daripada Allah.”

“Semangat tulus luhur yakin pada adanya Allah. Peta hidup kita sudah ditentukan, namun dengan usaha dan doa – ada yang boleh berubah. Allah hanya akan ubah keadaan kita, andai kita ubah apa yang ada dalam diri kita”.



Semoga kita dapat contohi beliau...

Monday, January 12, 2015

Depend on Allah, You will be safe~



It's true.


Just depend on Him, He'll never let you down.
Insha Allah..
 

Sumber: FB


Thursday, January 8, 2015

Tragedi Duka 2014

Sudah 2 minggu lebih rasanya..

Alhamdulillah..air bah sudah surut dikebanyakan lokasi. Namun, masih ada yang mengatakan air sungai kembali naik. Allah, semoga dipelihara mereka daripada bahaya.. Walaupun, Jabatan Meteorologi Malaysia sudah beberapa kali mengeluarkan amaran awal mengenai kemungkinan akan ada Amaran-3..

Hanya untuk perkongsian semua..keadaan beberapa lokasi di kawasan yang pernah dilanda banjir. Aku fokuskan di Pahang. Keadaan yang tinggal tidaklah sesuatu pemandangan yang cantik. Kelihatan lumpur yang terpalit. Bau yang tidak menyenangkan. Barangan yang rosak. Dugaan yang sememangnya tidak dapat diduga dengan mata kasar.

Disini, aku kongsikan beberapa gambar selepas peristiwa banjir penghujung 2014:




Kelihatan replika 'Temerloh' yang sudah separuh dihanyutkan air sungai Pahang yang deras.



Pandangan dari atas. 
Dikawasan ini, sememangnya tidak kelihatan bumbung dibawah. 
Air terlalu tinggi









Keadaan bandar Temerloh Lama berdekatan dengan Sg Pahang selepas air Bah surut beberapa mingu lepas.




I can't wait, 
nak balik kampung. Lihat sendiri dengan mata kepala sendiri.
Keadaan dikampung..

Alhamdulillah, kawasan rumah tidak dinaiki air.

Namun, keadaan di Kelantan dan Terengganu lebih banyak kerosakan yang wujud akibat Banjir Besar penghujung 2014 yang lepas.

Kita masih perlu berwaspada memandangkan, amaran-3 sudah dikeluarkan. 

Semoga Allah melindungi Negara kita, Malaysia.
Aminnnn.....